aib
Kawan, sori la. aku memang tak suka apa yg berlaku on the air sekarang ni, di hari2 kebelakangan ni. memang membosankan aku. korang ni bila la nak belajar jadi matang? aku pon tak tau. nasib la akuuuu.... dapat kwn2 mcm korang. hampeh! tak larat aku nak menaip, so aku copy & post je apa yg aku ambik dari web ni > anakmelayu.com
JANGAN BUKA AIB ORANG
Membuka aib orang seolah-olah membuka auratnya untok tontonan umum. Atas apa alasan sekalipun kita tidak ada hak untok membongkar dan menghebahkannya. Ia hanya akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Sedangkan Nabi s.a.w. mengajar kita menutup aib dan kelemahan orang lain daripada diketahui umum. Seperti hadis yang berbunyi," Orang yang menutup aib orang lain di dunia, nescaya Allah menutup aibnya pula kelak di hari kiamat."
Ambillah iktibar daripada sebuah kisah yang sunggoh mengharukan ini yang berlaku pada zaman Nabi kita dahulu...... Saorang wanita yang banyak solat dan puasanya. Tetapi Nabi s.a.w. katakan dia ialah 'Ahli Neraka'...Kenapa??? Kerana wanita itu punya satu tabiat buruk yakni suka menyakiti orang lain (jirannya) dengan lidahnya.
Justeru itu kita harus faham bahawasanya segala hal yang bersangkut paut dengan sesama manusia ada perhatian dan nilaian yang amat besar di sisi Allah s.w.t. Seseorang itu boleh diisytihar sebagai orang yang muflis di akhirat kalau dia tidak pandai memelihara hubungan baik sesama manusia. "Muflis dari umatku akan datang kelak di hari Kiamat membawa pahala solat, puasa dan zakat. Dan membawa dosa kerana dia pernah memaki orang, pernah menuduh-nuduh orang, pernah memakan harta orang, pernah membunuh dan memukul orang. Maka diberikan pahala kebaikannya kepada orang-orang yang dizaliminya. Jika pahala kebaikannya habis sebelum dibayar kepada orang2 yang dizaliminya maka diambil pula dosa-dosa mereka yang dizaliminya lalu ditimpakan pula kepadanya. Kemudian dia dilemparkan keneraka membawa dosa dirinya sendiri dan juga dosa orang yang pernah dizaliminya dulu.....Isk! Isk! Isk!
Dari itu marilah kita sama-sama renungkan. Moga-moga kita dapat sedikit pengajaran insyaallah!!!!
Semoga Bahagia!!!
gitu la kisah nye. wallahhuwa'lam.
d.e 9W2ALQ
2 Comments:
thanks for visiting my site in return. hok tu buke gambar golok,tapi gambar kat Hanoi. Demo bakpor tutup muko demo.. ? malu koh ?
Org yg sedar kekurangan diri sendiri tak akan nampak kekurangan org lain
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home