apapajelah

life is just black & white

December 05, 2007

aib



Kawan, sori la. aku memang tak suka apa yg berlaku on the air sekarang ni, di hari2 kebelakangan ni. memang membosankan aku. korang ni bila la nak belajar jadi matang? aku pon tak tau. nasib la akuuuu.... dapat kwn2 mcm korang. hampeh! tak larat aku nak menaip, so aku copy & post je apa yg aku ambik dari web ni > anakmelayu.com

JANGAN BUKA AIB ORANG

Membuka aib orang seolah-olah membuka auratnya untok tontonan umum. Atas apa alasan sekalipun kita tidak ada hak untok membongkar dan menghebahkannya. Ia hanya akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Sedangkan Nabi s.a.w. mengajar kita menutup aib dan kelemahan orang lain daripada diketahui umum. Seperti hadis yang berbunyi," Orang yang menutup aib orang lain di dunia, nescaya Allah menutup aibnya pula kelak di hari kiamat."

Ambillah iktibar daripada sebuah kisah yang sunggoh mengharukan ini yang berlaku pada zaman Nabi kita dahulu...... Saorang wanita yang banyak solat dan puasanya. Tetapi Nabi s.a.w. katakan dia ialah 'Ahli Neraka'...Kenapa??? Kerana wanita itu punya satu tabiat buruk yakni suka menyakiti orang lain (jirannya) dengan lidahnya.


Justeru itu kita harus faham bahawasanya segala hal yang bersangkut paut dengan sesama manusia ada perhatian dan nilaian yang amat besar di sisi Allah s.w.t. Seseorang itu boleh diisytihar sebagai orang yang muflis di akhirat kalau dia tidak pandai memelihara hubungan baik sesama manusia.
"Muflis dari umatku akan datang kelak di hari Kiamat membawa pahala solat, puasa dan zakat. Dan membawa dosa kerana dia pernah memaki orang, pernah menuduh-nuduh orang, pernah memakan harta orang, pernah membunuh dan memukul orang. Maka diberikan pahala kebaikannya kepada orang-orang yang dizaliminya. Jika pahala kebaikannya habis sebelum dibayar kepada orang2 yang dizaliminya maka diambil pula dosa-dosa mereka yang dizaliminya lalu ditimpakan pula kepadanya. Kemudian dia dilemparkan keneraka membawa dosa dirinya sendiri dan juga dosa orang yang pernah dizaliminya dulu.....Isk! Isk! Isk!

Dari itu marilah kita sama-sama renungkan. Moga-moga kita dapat sedikit pengajaran insyaallah!!!!

Semoga Bahagia!!!

gitu la kisah nye. wallahhuwa'lam.

d.e 9W2ALQ

Labels: , ,

November 18, 2007

prasangka



Islam menganjurkan kita berbaik sangka sesama umat manusia.

Then, kenapa kita suka pre-judge org lain? Sekecheng pandang kt org, kita dah pre-set mind kita, org ni gitu-gini. Sapa kita nih? Dah terror sgt? Sampai boleh letak status org baik or jahat? Or kita rasa kita nih dah layak berbuat sedemikian kerana kita ni kononnya dipihak yg Benar. Pejuang kebenaran. Pejuang hak-asasi manusia or what so ever.... termasuk pejuang periuk nasi sendiri.

Ataupon dek kerana kita nih dh famous sesangat, terkenal bagai...

Maka kita pon tanpa tersangka merasakan diri kita buat apa pon ok. Cakap apa pon betoi. Tulis apa pon power!

Tetapi kalu kita masih menyimpan sikap ber-pra-sangka buruk ke atas org lain... silap2 sejuta kebaikan yg ada pada kawan kita boleh lenyap sebegitu sahaja... dek kerana tersingkap cuma 1 silly mistake oleh kawan kita tadi.

Think about it.

Labels:

November 04, 2007

aparaaa punya kawan!




Kalu zaman2 gua belajar dulu member2 akan kata "Lu urus la sendiri...." jap jap jap... layan lagu The Wall - Pink Floyd yg berkumandang kt radio dlm kereta gua ni.

Ok sambung balik...

Bila dikatakan "Lu urus la sendiri..." maknanya kawan2 dh tak mau masuk campur. Lu punya hal, lu punya hal la... kwn2 dh malas nak layan lu. Sebabnye? Lu sendiri yang cari pasal.... sapa suruh? Lu nak gali lobang kubur sendiri? So lu urus la sendiri.... Bukan kwn2 nak buang kwn, tapi kwn sendiri yg cari pasal. Org dah advise sakan buruk-baik, lu pi tala boh jugak lu punya suka. So then, last2 kwn2 malas nak ambil pusing pasal lu.

Itu cerita dulu.

Cerita kini hidup berkawan juga. Dulu kat KL, loni kt Kelate/KB. Buruk baik kita berkawan pon, semuanya kwn2 kita. Yg baik pun kawan kita, yg buruk pun kwn kita jugak. Apa ada hal. Ni tidak, sekali kwn buat silap, lu pi kutuk mcm kwn tu buat salah seumur hidup. Padahal kawan tuh dah buat banyak kebaikan & jasa pada lu..... lu dah tak ingat ke? Kesian kat kawan, tak pasal2 menyisihkan diri sebab kawan2 dok kutuk. Bukan org lain... kawan kita jugak.

Labels: